Blog -

Untuk makluman semua, pada 9 September 2016 yang lalu Syarikat telah menerima Sijil Kepatuhan Shari’ah yang diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shari’ah ONEXOX. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian ulung Syarikat didalam industri telekomunikasi dan juga sebagai batu loncatan kepada kita semua untuk bergerak memasarkan ONEXOX dengan lebih yakin. Sedikit perkongsian, sebelum Syarikat mendapat pengiktirafan ini, kaji selidik yang rapi serta perbincangan secara khusus telah dilakukan keatas pelbagai aspek bermula daripada laman web Syarikat, setiap pelan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, skim insentif UGU, pelan pemasaran yang ditawarkan kepada pengedar, Onesys, borang-borang yang digunapakai, terma & syarat yang terkandung didalam kontrak perjanjian pengedar sehinggalah kepada hal ehwal kewangan Syarikat bagi memastikan tiada unsur-unsur penindasan, gharar (ketidakjelasan/‘misleading’) dan yang pentingnya hasil pendapatan Syarikat adalah daripada sumber yang halal.


Sehubungan pengiktirafan ini, SILA AMBIL MAKLUM bahawa Syarikat telah mengenakan syarat baharu bagi menggantikan pemansuhan top-up peribadi RM30 untuk melayakkan penerimaan insentif kepada semua pengedar. Syarat adalah seperti berikut:


1. Semua pengedar yang didaftarkan sebelum atau pada 31 Ogos 2016:

Dalam tempoh 6 (enam) bulan pertama (pusingan sasaran pertama) bermula 1 September 2016 sehingga 28 Februari 2017,

i. pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran minima 100 (seratus) pengaktifan SIM berserta top-up minima RM5 setiap satu; ATAU

ii. pengedar-pengedar mestilah mencapai sasaran jualan e-recharge (top-up) minima RM500 kepada pengguna-pengguna atau keatas nombor DREG pengedar itu sendiri;


untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya bermula 1 Mac 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.


2. Semua pengedar yang didaftarkan pada atau selepas 1 September 2016:

Bermula daripada baki hari didalam bulan semasa pendaftaran pengedar serta tempoh 6 (enam) bulan seterusnya (iaitu pusingan sasaran pertama), syaratnya adalah seperti pada butiran 1.i ATAU ii di atas untuk terus menerima pembayaran insentif bagi tempoh 6 (enam) bulan keduanya. Dalam tempoh 6 (enam) bulan kedua (pusingan sasaran kedua) itu jugalah pengedar-pengedar mesti mencapai sasaran yang sama bagi melayakkan penerimaan insentif untuk tempoh 6 (enam) bulan yang seterusnya.

Dalam erti kata lain, setiap pengedar wajib mencapai sasaran minima yang sama bagi setiap pusingan 6 bulan untuk menerima insentif secara terus menerus.


Pengedar-pengedar yang dihargai, keputusan mengenakan syarat baharu ini telah dibuat atas nasihat UZAR untuk memastikan cara pembayaran insentif tidak mencurigakan dan bersesuaian dengan tuntutan shari’ah iaitu mengenakan hibah (pemberian hadiah/insentif) bersyarat dimana pengedar-pengedar dikehendaki meneruskan kerja-kerja bagi menerima hibah.

Dengan ini, Syarikat amat berharap agar semua pengedar dapat menerima syarat baharu ini dengan positif, mengambilnya sebagai garis panduan untuk menjana pendapatan yang boleh dibanggakan dan memanfaatkan platform perniagaan mampu milik ini sebaik mungkin. Semoga pengiktirafan kepatuhan shari’ah ini memberi anda lebih keyakinan terhadap produk ONEXOX serta halatuju Syarikat dan secara langsung mempermudahkan aktiviti jualan anda di luar sana.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan.
JIKA suatu masa dulu semua telco adalah konvensional, tak salah kita gunakan sebab tiada pilihan. Tetapi sekarang sudah ada telco yang patuh SYARIAH, kenapa tidak kita bertukar kepadanya. Makan minum dah yg Halal, Insuran dah yang Takaful, Loan dah Islamik, TELCO???
"Di samping kita berkongsi, kita juga dapat berdakwah dengan cara menyebarkan barangan Patuh Syariah" ONEXOX SYARIKAT TELCO 100% BUMIPUTERA PERTAMA MENAWARKAN PRABAYAR PATUH SYARIAH...??
APA ITU ONEXOX?
Mungkin anda biasa nampak orang mempromosi Onexox di pasar malam, pasar tani, depan bank, Online dan sebagainya kan?
Mungkin anda nak tanya segan atau tak berkesempatan..
BAIKLAH
ONEXOX ialah jenama kepada pelan & perkhidmatan telekomunikasi mudah alih yang dikelolakan oleh ONE XOX Sdn.Bhd dan ianya sama seperti simkad yang anda gunakan sekarang.
6 KELEBIHAN ONEXOX
1. TEMPOH SAH (VALIDITY) PERCUMA 28 BULAN
MASALAH = Simkad anda guna selalu expired betul? Ada baki tapi kena reload untuk buat panggilan. Tak reload dalam 60-90 hari simkad akan di terminate.
SOLUSI = Bertukar kepada Onexox, anda reload RM10 bulan ni dan tak reload setahun pun takpe. Sebab dapat tempoh sah 28 bulan. Guna kredit sampai habis baru topup. Tempoh sah akan bertambah sekiranya anda terus reload. RM1 bersama tambahan sehari.
2. PANGGILAN MURAH
MASALAH = Simkad biasa anda guna sekarang. Buat panggilan bawah seminit tetapi dicaj seminit. Panggilan baru 10 saat atau masuk voicemail tetap kena caj 20 SEN- 30 SEN.
SOLUSI = Dengan Onexox, panggilan bawah 10 saat hanya 5 SEN untuk ke semua rangkaian. Masuk voicemail pun cuma 5 SEN.
Panggilan bawah 30 saat cuma 7 SEN dan panggilan 31 saat ke 60 saat 8 SEN bagi sama rangkaian. Onexox simkad jimat!
3. 10 NOMBOR RAKAN DAN KELUARGA
KEBIASAAN = Simkad anda guna sekarang, anda cuma boleh tetapkan 3 hingga 10 nombor sama rangkaian.
PERBEZAAN = Onexox menawarkan 10 nombor rakan dan keluarga semua rangkaian termasuk talian tetap TM. Panggilan bawah 30 saat pertama 6 SEN dan panggilan 31saat ke 60 saat seterusnya tetap 6 SEN. 2 SEN/sms
4. INTERNET LAJU
MASALAH = Simkad anda guna sekarang. Ada sekatan kelajuan. Buka Facebook kadang gambar tak keluar atau tengok video selalu buffering. Lagi-lagi kalau YouTube.
SOLUSI = Dengan Onexox, tiada sekatan kelajuan dan boleh mencecah sehingga 30Mbps++. Sesuai untuk handphone canggih & internet pun laju. Pakej popular 1.5GB RM28.00 dan 500MB RM18.00 untuk sebulan. Liputan ONEXOX meluas.
5. TIADA PAY PER USE
KEBIASAAN = Simkad anda guna sekarang, jika data habis, kredit anda akan dipotong mengikut per/kb yang digunakan.
PERBEZAAN = Onexox jika data telah habis digunakan, akses internet ditamatkan serta merta. Dijamin 100% tiada pemotongan kredit.
6. USER GET USER 6%
KEBIASAAN = Simkad anda sekarang. Tiada manfaat yang anda akan dapat walaupun telah menggunakannya sekian lama.
KELEBIHAN = Dengan memperkenalkan kepada kawan anda sim Onexox ini, anda akan dibayar komisyen 6% keatas reload yang dibuat. Lebih ramai yang menggunakan Onexox, lebih banyak komisyen/insentif anda akan dapat. Beza memang berbeza.
ONEXOX adalah biznes TELCO sebenar. Jadi Dealer pun dapat penjimatan dan pendapatan sekiranya berminat jadi user sahaja pun dapat penjimatan dan pendapatan.
Misi Onexox adalah berkongsi perjimatan yg ada di ONEXOX dengan user di luar sana; dan bagi kefahaman kepada mereka apa itu ONEXOX.

Rupa-rupanya banyak penipuan yang dilakukan syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon bimbit.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, pelbagai penipuan didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
MENARIK – Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu
MENARIK- Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

#1 Perayauan Antarabangsa (Roaming) – Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

#2 Kehilangan Kredit Pra-Bayar – TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?

#3 Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.
#4 Kesahihan Baki Data Internet – Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet, perlu buat pembayaran tambahan.

#5 Penalti Bayaran Lewat – Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

#6 Panggilan Tidak Berjawab – Panggilan pelanggan TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

#7 Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO – Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.

Persoalan lebih besar, apa tindakan kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi ? Bertuah la kalau nak mengaku ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.
***Kami difahamkan jika anda mempunyai isu dengan servis dan telah membuat aduan kepada TELCO terbabit tetapi masih gagal menyelesaikan masalah atau aduan tersebut tidak mendapat respon, anda boleh membuat aduan kepada pihak Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia