DATA SEASON PASS

Onexox baru memperkenalkan Season Pass. Season Pass ialah pembelian secara bundle, dan data call dan sms boleh dikongsi pula.

  • Data dalam season pass ni tahan selagi validity kredit masih ada. 2 tahun 4 bulan sekurang-kurangnya tu.
  • Data dalam season pass tersebut boleh dikongsi kepada pengguna onexox yang lain

Konsepnya ialah beli banyak, dapat murah.

Ada banyak pakej, tetapi fokus post ini ialah untuk pakej data.


Untuk Data Season Pass

  1. Beli data 8GB + 50 minute Free Call (RM109.90). Guna easy menu *150# untuk beli pakej season pass
  2. Harga jatuh pada 1 GB = RM13.74 atau 500Mb pada harga RM6.87
  3. Guna data daripada season, sedikit demi sedikit supaya tidak membazir (Saya biasa pakai 500mb/30 hari) Guna easy menu *150# pilih internet standard dan pilih pakej 500MB/30 hari. Harga di easy menu boleh diabaikan. Kerana data akan ditolak dari 'tabung' season pass.

Data Season Pass boleh dikongsi

    RM109.90 sekaligus mungkin nampak besar bagi sesetengah daripada anda.

    Bagaimana pula untuk menyelesaikannya?

    Saya masih cadangkan anda untuk beli pakej tersebut. Jika kawan-kawan atau keluarga anda ramai menggunakan ONEXOX, anda boleh sahaja kongsi duit untuk beli data tersebut. Bahkan anda juga boleh menjual data tersebut kepada pengguna ONEXOX yang lain terutamanya kawan-kawan anda Caj setiap kali share ialah RM0.50.